V. Selvaraj

Selvaraj a/l Vengadasalam ialah bekas pemain bola sepak Singapura dan jurulatih semasa pasukan kebangsaan Laos. Beliau merupakan seorang pemain penyerang.Selvaraj bermain untuk SAFFC di S.League, dan juga bermain untuk skuad kebangsaan Singapura. Beliau juga bermain untuk Singapore Lions pada 1994, musim terakhir pasukan Singapura menyertai Liga Malaysia dan Piala Malaysia, memenangi perlawnanan akhir Piala Malaysia tahun itu.[1]Beliau memulakan kerjaya jurulatihnya di SAFFC selepas bersara dari bermain bola sepak pada 2004, perlahan-lahan menaiki dalam hieraki kejurulatihan sehingga beliau menjadi ketua jurulatih kelab, yang kini dinamakan semula sebagai Warriors FC pada permulaan musim 2013 S.League.[2] Beliau hanya bertahan setengah musim sebagai ketua jurulatih, mengundurkan diri pada awal Jun tahun itu kerana prestasi buruk kelab dalam liga dan penyingkiran dari semua kejohanan Piala.[3][4]Dari tahun 2015 hingga 2016, Selvaraj melatih NFA U15, yang mengambil bahagian dalam Kejohanan AFF, Piala Lion City dan Qualifiers AFC.[5]Beliau kembali ke S.League pada 2017, mengambil alih jawatan jurulatih Garena Young Lions. Pada Oktober 2018, Selvaraj menjadi jurulatih pasukan kebangsaan peringkat umur Laos dan juga membantu V. Sundramoorthy dalam menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Laos.[6] Pada Oktober 2021, Selvaraj mengambil alih jawatan ketua pasukan kanan dari Sundramoorthy manakala Sundramoorthy beralih ke jawatan pengarah teknikal pasukan..[6]

Rujukan

WikiPedia: V. Selvaraj http://www.footballopod.com/viewarticle.aspx?id=83... http://www.foxsportsasia.com/football/news/detail/... http://www.goal.com/en-sg/people/singapore/90311/v... http://sg.sports.yahoo.com/news/v-selvaraj-show-go... //www.worldcat.org/issn/0585-3923 http://www.safwarriors.com.sg/interview-with-v-sel... https://news.google.com/newspapers?id=x_lNAAAAIBAJ... https://www.straitstimes.com/sport/football/selvar... https://www.straitstimes.com/sport/football/suzuki... https://web.archive.org/web/20140221160722/http://...